Jom Buat Baja Sendiri - Baja MOL
Kali ini wak cuba membuat beberapa n3 yg berkaitan dengan "Hobi Berkebun".
Untuk permulaan n3 pertama ialah tentang MOL. Semoga kita semua mendapat manfaat dari ilmu yg sedikit ini. N3 ni wak CnP dari FB Group KEBUN BANDAR : JOM TANAM SENDIRI
MOL : CARA PEMBUATAN DAN PENGGUNAAN
Apakah itu MOL
MOL ialah singkatan dari perkataan Mikroorganisma Lokal. Istilah ini berasal dari Indonesia. MOL pada dasarnya ada benda yang sama dengan FAA (Fish Amino Acid), FPJ (Fermented Plant Juice), FFJ (Femented Fruit Juice).
Bagi saya, menggunakan istilah MOL lebih mudah, tak mengelirukan dan senang nak tulis dan sebut. Lidah tak tergeliat. Mol adalah baja dan penggalak tanaman yg terhasil dari peraman bahan tertentu, contohnya sayuran, buahan, bawang, ikan, kekacang bersama gula merah. Setiap bahan yg digunakan untuk membuat mol mempunyai khasiatnya yg tersendiri. Mol yg baik; bila digandingkan semasa pembajaan, lengkap unsur NPKnya.
* Mol ikan kaya dgn unsur Nitrogen ( N ) ; penting untuk pertumbuhan batang, cabang dan daun pokok. Mol ikan kaya dgn vitamin, mineral dan minyak semulajadi ikan. Lebih banyak zat dan khasiat dalam mol ikan berbanding minyak ikan yg kita beri pada anak anak. Tapi tolong jangan beri mol ikan pada anak anak.
* Mol kangkung dan bawang adalah pembekal hormon pertumbuhan pada pokok.
* Mol pisang membekalkan unsur kalium/pottassium (K) yg penting untuk menggalakkan pembungaan dan pembuahan.
* Penggunaan baja tahi ayam/kambing/lembu/kuda melengkapkan keperluan NPK tanaman. Begitu juga penggunaan Calphos, baja tulang dsbnya.
* Mol boleh tahan hingga bertahun. Namun begitu jika mencapai umur lebih dari 6 bulan dan jika mol sudah berbau ammonia, tambahkan sedikit gula merah.
Kenapa menggunakan gula merah?
* Gula merah berupaya 'memerah keluar' khasiat bahan yg diperam.
* Gula merah juga bertindak sebagai pengawet pati bahan yg diperam, jadi pati ini tahan lama.
* Gula merah juga adalah makanan kepada bakteria yg terdapat dalam bahan peraman.
Resepi yg saya berikan (bukan resepi saya) adalah resepi asas. Tuan puan boleh gunakan kreativiti dan imaginasi untuk menambah dan membuat sendiri mol mol yg mungkin kita tidak pernah terfikir boleh dibuat.
Kredit : Salina Shamsudin ..
ANTARA JENIS2 MOL dan PANDUAN
Kandungan nutrien dalam bahan bahan baja dan penghindar perosak dan penyakit kaedah Natural Farming hb
MOL Kangkung (FPJ)
Jenis tanaman yang tumbuh dengan cepat,
Gibberellin, auxin and cytokinin - hormon ransang pertumbuhan,
Ambil hujung kangkong, cincang dan campur dengan gula merah pada kadar 1:1, peram selama 7 hari
Sembur tanaman & siram tanah untuk tanaman tumbuh & membesar cepat.
MOL Buah Pisang (FFJ)
Disembur kepada tanaman pada peringkat hendak berbunga,
Mengandungi K tinggi,
Memacu pembungaan dan pembuahan tanaman,
Tingkat kualiti buah,
Makanan supplement ternakan.
Beli buah pisang terlebih masak pada harga murah, potong dan campur dengan gula merah pada nisbah 1:1 dan peram selama 7 hari
MOL Sisa Ikan (FAA)
Sumber N yang baik untuk tanaman,
Memacu pertumbuhan awal tanaman,
Sembur tanaman & siram tanah untuk tanaman tumbuh & membesar cepat.
Sisa buangan ikan yang sega, ikan yang murah, dipotong-potong kecil dan dicampur dengan gula merah pada kadar 1:1 dan diperam selama sebulan.
MOL Kulit Telur (Ca.P)
Calcium carbonate, P, Mg, trace Na, K, Zn, Mn, Fe, Cu,
Sembur/siram semasa mula berbunga,
Putik buah lekat ditangkai & tingkat kualiti buah.
Kulit telur ayam atau burung, digoreng/dibakar sehingga kuning keperangan dan direndam bersama cuka asli/nipah selama 1 bulan
MOL Tulang (P.Ca)
Tulang dibakar hingga putih dan direndam dengan cuka asli/nipah selama 1 bulan
Phosphoric acid,
Untuk pertumbuhan yang baik,
Sembur pokok muda hingga hendak berbunga,
Meransang pembungaan,
Tingkat hasil tanaman.
Sembur/siram
Kandungan Air Laut
Mengandungi sodium, mineral & micronutrient.
Meransang metabolisme tumbuhan,
Pokok jadi kuat melawan penyakit,
Buah jadi lebih manis.
OHN -Kawalan Tanaman
Penghindar serangga perosak,
Kawalan penyakit bakteria & kulat.
Kamcui:Tongkui:Kulit kayu manis:Bawang putih:Halia
Kombinasi pada kadar 2:1:1:1:1
Menjaga kesihatan pokok disemua peringkat pertumbuhan.
OHN Bawang Putih
Penghindar serangga perosak,
Mengandungi antibiotik & antifungal allicin dalam bawang putih segar,
Melawan bacteria, virus, kulat, parasit,
Sembur pokok / siram ke tanah.
Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
OHN Halia
Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
Essential oil sesquiterpenes, Capsaicin menghindar serangga perosak,
Anti-bakteria & anti-fungal,
Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
OHN Kulit Kayu Manis
Mengandungi coumarin,
Antiseptik – antibakteria, anti-fungal,
OHN Tong Kui (Angelica acutiloba)
Guna bahagian akar,
Mengandungi coumarin,
Pahit,
Anti-bakteria.
OHN Kam Cui (Glycyrrhiza uralensis )
Akar, Rasa manis 50x gula,
Mengandungi glycyrrhizin,
Anti-bakteria
Cuka Nira
Anti-fungal – powdery mildew, dll.
Matikan rumput muda.
Membuat Cuka Beras
Cara membuat cuka beras bagi menggantikan cuka nipah atau cuka yang terdapat di kedai.
Dedak beras campur dengan beras hancur pada kadar 1;1. Kukus dan sejukkan
Tambah ragi dan simpan selama 2 hari
Tambah air 85% dari jumlah nasi tadi
Selepas 2 hari ada buih dan bau manis
Selepas 5 hari alkohol terbentuk
Selepas 10 hari jadilah cuka